Selamat Datang SK KAMPONG BELUKAR

HARAP MAAF .....LAMAN SESAWANG SKKB MASIH DALAM PEMBINAAN..

 

Naka, 06350 Alor Star, Kedah DA
Tel / Faks : 04-7851125
E-mail : [email protected]


 

Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar adalah sebuah sekolah gred A yang terletak di Daerah Padang Terap. Berstatus luar bandar dan di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap. Jarak dari sekolah ke Pekan Kuala Nerang adalah kira-kira 16 km dan 6 km ke Pekan Naka.   SKKB kini diketuai oleh Pn Hajjah Rohani bt Md Hassan dan 3 orang guru Penolong Kanan. Warga guru adalah seramai 5 orang dan 10 orang staf sokongan dan mempunyai enrolmen murid seramai 573 orang.

Sekolah ini dibuka pada 1947 sebagai sebuah sekolah rakyat. Usaha penubuhannya dimulakan oleh Penghulu Abdullah bin Jaafar iaitu penghulu bagi Mukim Tekai Kiri dan penduduk kampung yang peka betapa pentingnya pelajaran pada masa itu. Mereka menyedari hanya melalui pendidikan sahaja, orang-orang Melayu mampu untuk memajukan bangsa dan bersaing menentang bangsa Inggeris yang menjajah bumi Tanah Melayu.

Kini setelah berpuluh tahun berlalu, SKKB mampu berdiri megah bersaing dalam dunia pendidikan yang serba mencabar ini. Walaupun terletak di luar bandar, namun ianya tidak menganggu kesedaran ibu bapa dan guru tentang pentingnya anak-anak berjaya dalam pelajaran.

Sesungguhnya usaha gigih Allahyarham Penghulu Abdullah bin Jaafar dan orang kampong pada masa itu mestilah sentiasa dikenang dan dihargai serta disanjung tinggi. Tanpa usaha mereka, pastinya tiada Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar. 

 


Picture

Renungan .......
Kata-kata HAMKA.....

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa.

Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba.
Peluang yang besar itu datang tidak menentu masa.
Peluang yang besar itu datang di saat kita kesempitan atau kesusahan.
Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana.
Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan Seribu Alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu.

Pautan

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 
Pejabat Pelajaran Padang Terap
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Emedia
Kementerian Pelajaran Malaysia
Cikgu.net
Myschoolnet         
Sembang Komputer  
Eduweb
Akhbar Dunia
WikipediaAnswer.com


Terima kasih kerana melawati sesawang kami.
Thanks for visiting our website.
Jika ada sebarang komen atau pandangan sila emelkan pada
[email protected]