Selamat Datang SK KAMPONG BELUKAR

PIAGAM SKKB

Kami staf Sekolah Kebangsaan Kampong Belukar
berjanji memberi perkhidmatan kepada pelanggan
adalah seperti berikut :
Guru-guru akan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
yang baik dengan penuh tanggungjawab kepada murid-murid
ke tahap yang cemerlang berlandaskan budaya penyayang
serta berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan
Memberi perhatian serta tindakan terhadap murid bermasalah
dengan seberapa segera ke arah
pemulihan pendidikan

yang cemerlang
serta
Memberi layanan dan perkhidmatan kepada masyarakat
dari semasa ke semasa dengan penuh rasa persaudaraan

yang akrab.

Visi adalah suatu cita-cita atau gambaran.
Misi
adalah usaha atau perjuangan yang harus dilakukan terus-menerus agar cita-cita dapat tercapai.

VISI

SKKB menjadi sekolah terbaik di daerah Padang Terap pada tahun 2010

MISI
Untuk memberi pendidikan berkualiti kepada semua murid SKKB supaya cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah berdasarkan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Lencana SKKB

Biru – Perpaduan dan kerjasama di antara guru, waris dan murid bagi melahirkan insan yang kamil (sempurna)

Merah – Berani, tekun, rajin dan bersemangat serta sanggup menghadapi cabaran dalam mengejar ilmu pengetahuan dengan berpegang kepada moto “USAHA JAYA”

Usaha – Daya upaya untuk mencapai sesuatu

Jaya – Kemenangan

Kuning – Berdisiplin dan cekal hati serta mengamalkan nilai-nilai murni

Gegelang – Maju dan jaya dalam bidang kokurikulum sehingga ke peringkat tertinggi

Obor – Kepentingan ilmu dalam kehidupan masyarakat moden

Orbit dan Planet – Bersama menghadapi arus pemodenan seiring dengan zaman sains dan teknologi